Jumaat 25 Januari 2013... demam Aiman makin teruk, suhu pon naik
tinggi..xkebah2. subuh lebih kurang 2pagi aku dah mula perasan Aiman
asyik membuang jerk...memula tu xla kerap sangat...nie makin kerap
sampai kul 3.30pg najis dah ade darah secalit. Aku dah mula risau..ape
nak buat nih..kejutkan husb, cepat2la gie Hospital Serdang. Lebih kurang
kul 4.30pagi sampai kecemasan xde org...Alhamdulillah..masuk
jerk..citer la masalah kat doktor, doktor kata xde pape nie,leh balik
sbb Aiman nampak ok jerk. So, dokt masukkan ubt sup kat bontot & bg
ubat demam jerk...Aku rasa xpuas ati gak, tapi nak wat cane kan doktor
suh balik. Bila sampai kat umah Aiman makin melarat, setiap 1/2jam
membuang. Aku ngan husb bergilir2 basuh & tukar pampers dia smp kami
masing2 dah xlarat...
Aku plan nak gie klinik swasta kul 11pagi tu. So,
kami bawak lagi sekali Aiman ke Klinik Ding, berdekatan ngan umah kami.
Doktor suspek Aiman terkena jangkitan bakteria dalam perut, mungkin dia
alah pada makanan tenusu @ sumber susu. Jadi doktor nasihatkan buat
masa nie elakkan makan bahan tersebut. Nasibla Aiman menyusu badan, lega
cket. Walaupun dia dah xnak makan tapi stay boleh bergantung ngan susu
badan, taip 2jam aku akan bg dia. Doktor bagi ubat antibiotik &
smecta untuk kurangkan cirit. Aiman stay membuang cuma kurang berdarah
macam sebelum nie.. Arap cepatlah sihat anak mama, risau sgt kalo susut
badan.
Demam Aiman dah surut masa ari sabtu tu..tapi stay lagi membuang. Selepas 5 hari abis antibiotik, Aiman stay lagi membuang..aku jadi xpuas ati sbb mata dia makin cengkung. Jadi aku bawak dia gie Hospital Putrajaya pada 30 Jan 2013, Rabu...ape yg diorg buat cuma amik darah, sementara nak tggu result tu, diorg masuk air kat aiman 2 jam...fuh...melalak la budak kecik tu.. Lepas je 2 jam, kuar result doktor suh balik sbb keadaan xbahaya katanye.. so balikla kitorg.Nie muka Aiman keletihan sgt sbb berperang ngan doktor masa nak masuk jarum & ambik darah... sian sgt dia.

So, bg jela dia rehat sepuas2nyer...sian tgk keadaan dia. Bila dia dah tido, kurang sket nak membuang. Doktor kat hospital cuma bg air garam, tapi aku bersyukur sgt Aiman dapat masuk air dalam darah walaupun cuma 2jam tapi dapatla membantu bg tenaga sket kat dia sbb dah 5 ari dia cirit birit. Esok pagi tu Aiman bangun dengan ceria & main macam biasa, tengokla gelagat dia, macam xsakit sbb tu la xkena tahan wad agaknye. Dia leh selera makan & stay nak main kira okla tu...xdela risau sgt.
Yelah...xrisau..sape xrisau dah tiap ari cirit je, doktor Ding kata, seminggu mesti ok punya...so, Jumaat 1 Feb 2013..aku pegi lagi klinik Ding...arinie genapla 8ari dia cirit birit. Sian sgt, bontot pun dah merah & yang xbest tu dia start merengek jerk. Bila jumpa doktor kt Klinik Ding, dia ckp Aiman memula mggu lepas tu dia kena bakteria dalam perut sampai berak bercampur darah jadi susah sikit nak baik, kalo nak baik pun amik masa.
Jadi, doktor mintak aku bersabar, dia akan bg ubat bakteria baik, makan 1/2 peket 1 hari campur dgn air suam & dia bagi ubat cirit-birit jugak untuk kurangkan sakit perut Aiman. Ubat bakteria baik tu abiskan dalam 6 ari.Doktor bg ubat angin jugak sbb Aiman perut kembung banyak angin, mungkin sbb dia kurang dah selera makan.
Nie la ubat bakteria baik yang doktor Ding bagi kat Aiman...dia memang suka makan, sbb rasanya sedap macam vitagen. Sbb tu budak kalo dah 1 tahun lebih dah boleh start bagi vitagen sbb untuk protect perut dari bakteria jahat. Geram sungguh kat bakteria jahat nie, sian Aiman...
Nie ubat angin yang doktor bagi, tapi aku xbg dia makan ubat nie sbb aku tgk dia xrasi, mcm jd kembung lagi jadi aku bg grip water beli kat kedai biasa. Bila dah makan bakteria baik tu, Aiman dah kurang sket cirit, najis dah pejal sket & dia pun dah mula balik selera makan. Selepas 6 ari abis makan ubat tu sume barula keadaan beransur pulih...Alhamdulillah. Dan arini genaplah 14 ari Aiman dilanda kisah cirit birit, aku pun xpasti berat dia susut berapa byak sbb xtimbang lagi. Tapi yang pasti dia dah tak cirit-birit lagi, cuma kembung perut je xnak baik lepas kes cirit-birit nie. Arap Aiman cepat sembuh sepenuhnya...Amin.