Friday 31 January 2014

CARA MEMULAKAN PERNIAGAAN

Mengetahui Cara-Cara Memulakan Perniagaan

by www.min.com.my

Faktor-faktor Yang Dipertimbangkan Apabila Memulakan Perniagaan
 

Modal
Usahawan mesti mempunyai modal yang cukup untuk memulakan dan menjalankan perniagaan.
Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada saiz dan jenis perniagaan, lokasi perniagaan, dan jumlah kredit yang hendak diberikan kepada para pelanggan.
Modal boleh datang daripada simpanan sendiri atau pinjaman daripada sahabat handai atau sanak saudara ataupun dari bank. Bagi mendapatkan pinjaman bank, satu kertas kerja perlu disediakan untuk meyakinkan pihak bank tentang kemampuan membayar balik pinjaman.
Lokasi (Tempat Perniagaan)
Usahawan mesti bijak memilih lokasi yang strategik atau sesuai bagi menjamin kejayaan perniagaan. Perniagaan harus diletakkan di tempat yang mempunyai daya kuasa beli yang tinggi dan kurang persaingan.
Pemilihan lokasi juga boleh dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti modal, kos sewa, persaingan, kemudahan infrastruktur, undang-undang dan lain-lain.
Minat, pengetahuan dan pengalaman
Usahawan mesti mempunyai minat dalam perniagaan. Minat itu mestilah berkekalan dan bukan sekadar sementara waktu sahaja. Jika tidak, perniagaannya susah untuk dijalankan.
Usahawan juga perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang perniagaan yang akan diceburinya. Contohnya, jika dia hendak membuka kedai pakaian, dia mesti tahu dari mana untuk mendapatkan stok pakaian itu.
Usahawan juga harus memperoleh pengetahuan dan pengalaman mengenai selok-belok pengurusan, mengurus wang, stok, masa, melayan pelanggan, menyimpan rekod dan akaun- serta lain-lain lagi.
 
 

Pengalaman boleh diperoleh dengan cara bekerja, sebagai pembantu dalam bidang perniagaan yang berkenaan.
Pengetahuan boleh diperoleh dengan belajar di sekolah, maktab atau universiti, membaca buku-buku yang berkenaan, mengikut kursus perniagaan, bertanya, berbincang dan memerhati peniaga-peniaga lain menjalankan perniagaan mereka.
 

Jenis dan saiz perniagaan
Usahawan mesti menentukan jenis dan saiz perniagaan yang hendak dijalankan. Jenis perniagaan hendaklah bersesuaian dengan kebolehan, pengetahuan dan pengalamannya.
Saiz perniagaan hendaklah juga bersesuaian dengan modal yang ada, kebolehan, pengalaman dan pengetahuan untuk mengawal dan mengurus perniagaan itu. Saiz perniagaan yang kecil mudah dimulakan serta diurus. Perniagaan secara besar-besaran memerlukan modal yang besar dan tidak begitu mudah dikendalikan.
Persaingan
Usahawan juga mesti memikirkan tentang persaingan yang akan dihadapinya. Kajian perlu dibuat untuk mengenal pasti pesaing-pesaing, bilangannya, saiz perniagaan mereka, kekuatan dan kelemahan mereka dan sambutan para pelanggan terhadap perniagaan mereka.
Membuka perniagaan di tempat yang banyak mempunyai persaingan tentu tidak akan dapat menarik ramai pelanggan pada mulanya. Tetapi jika usahawan dapat memberi layanan yang lebih baik, pelbagai pilihan barang, harga yang berpatutan dan perkhidmatan selepas jualan yang memuaskan banyak pelanggan akan tertarik untuk kekedainya.
Bagaimanapun usahawan perlu mengadakan rancangan dan ikhtiar yang rapi dan bernas untuk mengatasi para pesaing.
 
 

Undang-undang dan peraturan
Usahawan mesti mengetahui undang-undang, peraturan-peraturan serta akta-akta yang mengawal perjalanan perniagaan dalam negara kita agar tidak melanggar undang-undang, peraturan, atau akta yang boleh menghalang perjalanan perniagaan.
Pihak berkuasa tempatan seperti Majlis Tempatan, Majlis Bandaran atau Dewan Bandar Raya telah menetapkan jenis-jenis perniagaan yang boleh dijalankan di kawasan-kawasan tertentu serta jenis lesen yang diperlukan. Usahawan mestilah mengikut peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Di samping itu, semua perniagaan mesti didaftarkan dengan pihak-pihak tertentu kecuali penjaja bergerai yanng hanya perlu mendapatkan lesen menjaja daripada pihak berkuasa tempatan.
Usahawan juga mesti mematuhi berbagi-bagai akta seperti Akta Perihal Dagangan, Akta Kawalan Harga, Akta Kawalan Bekalan dan lain-lain.
Sumber bekalan
Usahawan perlu mengetahui tempat-tempat di mana ia mendapat bekalan barang-barang dengan seberapa murah dan mudah.
Usahawan harus tahu pembekal mana yang dapat menawarkan diskaun dan kredit yang lebih baik.
 

Memulakan Sendiri
Seseorang boleh memulakan perniagaan sendiri jika ia mempunyai keyakinan dan kebolehan tentu ia akan berjaya. Untuk memulakan perniagaan sendiri, ia hanya perlu memastikan kewujudan perkara-perkara berikut :-
Pengalaman dan pengetahuan
Minat yang berterusan
Modal yang mencukupi
Punca bekalannya
Peraturan dan undang-undang tempatan
Jenis perniagaan yang ingin dijalankan
Lokasi perniagaan
Ramai pelanggan dan usahawan yang berjaya pada hari ini telah memulakan kegiatan perniagaan dengan sendiri.
Ambil Alih
 
Satu lagi cara untuk memulakan perniagaan ialah dengan mengambil alih atau bergabung. Ia bermaksud sebuah perniagaan yang sedang maju membeli atau bergabung dengan sebuah perniagaan yang lain dan mengambil alih pengurusannya. Di sini perkembangan perniagaan berlaku dengan cepat.

Apabila seseorang peniaga mengambil alih atau bergabung dengan sesuatu perniagaan, ia seharusnya menggunakan pengalaman dan pengetahuannya untuk :-
merundingkan harga yang terbaik
mendapatkan syarat-syarat bergabung atau ambil alih yang baik dari penjual.
Faktor-faktor yang dipertimbangkan apabila mengambil alih perniagaan :-
Kewangan perniagaan
Pada asasnya proses mengambil alih perniagaan lain perlulah mengambil kira langkah-langkah seperti membuat kajian awal untuk menilai kedudukan kewangan dan kadar keuntungan di samping meneliti dan memeriksa setiap butir kewangan yang disediakan oleh pemilik. Ia bertujuan memastikan kewangan perniagaan yang diambil adalah kukuh. Kajian juga termasuk mengkaji aset perniagaan yang ada seperti premis, lengkapan dan perabot agar mempunyai nilai semasa yang baik. Di samping itu, liabiliti perniagaan seperti pinjaman dan pemiutang juga perlu diketahui agar tidak menanggung beban hutang yang tinggi.
Faedah yang dinikmati
Kajian tentang kelebihan-kelebihan yang boleh didapati jika mengambil alih perniagaan tersebut juga perlu diambilkira, umpamanya dapat memiliki teknologi dan kepakaran yang ada. Begitu juga dengan aset seperti tanah dan bangunan yang boleh dimajukan untuk perkembangan masa hadapan. Bahagian pasaran yang telah dikuasai turut dinikmati dan pelanggan perniagaan dapat dikuasai.
 

Masalah yang dihadapi
Masalah-masalah yang dihadapi oleh perniagaan tersebut yang menyebabkan pemiliknya ingin menjualnya juga harus diambilkira untuk dikaji. Ini bertujuan supaya kita dapat menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dan menjadikannya sebuah perniagaan yang menguntungkan. Contohnya, jika perniagaan tersebut menghadapi persaingan yang hebat, kenalpasti pesaing tersebut dan kaji kelemahan yang ada untuk mengatasi persaingan.
Potensi berkembang
Masa hadapan perniagaan tersebut hendaklah dikaji samada ianya berpotensi untuk berkembang maju lagi. Kajian masa hadapan ini boleh dilakukan dengan melihat statistik-statistik serta keadaan pasaran semasa. Umpamanya, perkhidmatan bas mini di kawasan Shah Alam diadakan berdasarkan kepada banyaknya kawasan perumahan dan perindustrian yang telah didirikan di mana terdapatnya banyak permintaan untuk perkhidmatan tersebut. Beberapa tahun yang lepas ia tidak diadakan kerana perkembangan dan pembangunan kawasan tersebut masih dalam perancangan.
Persaingan yang akan dihadapi
Persaingan yang akan dihadapi juga diambil kira. Buat kajian dan kenalpasti pesaing yang wujud. Kaji kelemahan dan kekuatan pesaing tersebut supaya kita boleh mengatur rancangan atau strategi untuk mengatasinya. Contohnya, jika pesaing mempunyai kepakaran tertentu, cuba pelajari kepakaran tersebut atau dapatkan kepakaran orang lain sebagai rakan kongsi atau diambil sebagai rakan kongsi atau diambil bekerja.
Minat dan kecenderungan yang ada
Minat dan kecenderungan semula jadi perlu ada apabila ingin mengambil alih perniagaan. Tanpa minat dan kecenderungan ini, sudah tentu apa yang dilakukan nanti tidak sampai ketahap yang dikehendaki. Minat dan kecenderungan merupakan asas bagi memulakan sesuatu perniagaan, oleh itu pastikan ianya wujud di hati kita.
Warisan
Ada juga perniagaan yang diwarisi daripada ibubapa, nenek moyangnya, atau warisan keluarga.
Jenis perniagaan ini biasanya kukuh dan telah lama wujud dalam perniagaan.
Diundang
  

Diundang bermaksud perniagaan yang kekal dan sudah wujud mengundang seseorang @ sesebuah syarikat untuk menjadi rakan kongsi @ bergabung dengan syarikat induk. Individu @ syarikat ini diundang kerana potensi yang ada padanya dan prestasi individu tersebut @ syarikat tersebut amat baik.


Sumber Dari www.min.com.my

Sunday 6 October 2013

indah masa bersama anak2

Masa berlalu cepat sangat...aiman pun dah masuk 1 tahun 6bulan...sekarang nie dah banyak sikap berdikari & taknak bantuan lagsung. Semuanya nak buat sendiri...makan pun xnak mama suap lagi..Makanya, abisla sepah2 lepas makan...biaslah...bebudak makan..mana ada xsepah kan....hihihi...






Pastu...yang best kalo time nak susu...berebut dgn along...hahaha...so, mama pun buat 2 botol siap2 untuk diorg nie ha...
xpakai baju lagiii kan....ngeh..ngeh....ngeh...seronok tgk anak membesar depan mata...sejak dh kerja nie masa dh xde untuk diorg...sedih jgk tapi semua nie untuk masa depan anak2 mama...love u alll....


Anak2 di sunway piramid


Hai kawan2...hurmmm...lamanye dah tak bukak blog nie..dah bersawang dah pun...hahaha...
Sebenarnya bz sgt skrg sejak dah kerja nie xsempat nak update langsung. kisah hari raya pun tak sempat nak tulis kat sini.

Apepun...just nak share kisah bawak along & adik jenjalan semalam kat sunway piramid...wahhh...lamanya anak2 mama tak keluar tempat awam & jenjalan... makanya jadi macam kejutan pulak...hehehe

Tapi mama happy sangat dapat bawak anak mama jenjalan...best sgt tengok diorg bermain...









Akhirnya...bila time dah cukup semua happy & balik umah pun terus penat & tertido kepenatan...huahuahua...

Thursday 7 February 2013

RESEPI LEMPENG KELAPA PALING MUDAH & CEPAT

Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut ( amik isi parutan putih saja )
1 cawan air 
secubit garam

Cara-cara :

1. Masukkan 1 cawan kelapa parut dalam mangkuk @ bekas













 2. Masukkan 2 cawan tepung gandum


 3. Masukkan secubit garam dalam air, kacau & masukkan dalam mangkuk

 
4. Kacau rata adunan tepung & kelapa parut tadi bersama air biar sebati





 5. Masukkan minyak dalam kuali & tuangkan adunan tadi. Balikkan lempeng bila bahagian bawah sudah garing.
 


6. Sedia dihidang bersama telur pecah masak kari... lazat dimakan time petang2.... 

SELAMAT MENCUBA


 
 

Along tido dalam troli Giant


Disebabkan barang umah semua dah abis...kena jugak gie beli kat giant walaupun keadaan Aiman masih kurang sihat. So, sabtu lepas 2 Feb 2013, kitorng pun gie Giant Bukit Rimau. Husb pun kata, jangan banyak kali buang kat Giant sudahler...hihihi... 
Kami pun cepat2 la pilih barang2 mana yg penting. Boleh plak time tu Along kata " mama, along ngantuk sangat...nak tidola"... kesian plak dia..aku pun letak beg tangan alas kepala, dia tido dalam troli Giant tu...herm, sume org dok perati jer...kesian lak tgk anak tido dalam troli. 
Nasibla abah bawak troli lagi satu jadi, bolehla isi barang2 dalam troli tu... herm..macam2 gelagat diorg nie...hihihi


Sampai dah nak balik pun stay lagi tido xbangun2...tula gaya along tido dalam troli Giant, mengantuk sgt2.

AIMAN BERAK HAMPIR 2 MINGGU



Jumaat 25 Januari 2013... demam Aiman makin teruk, suhu pon naik tinggi..xkebah2. subuh lebih kurang 2pagi  aku dah mula perasan Aiman asyik membuang jerk...memula tu xla kerap sangat...nie makin kerap sampai kul 3.30pg najis dah ade darah secalit. Aku dah mula risau..ape nak buat nih..kejutkan husb, cepat2la gie Hospital Serdang. Lebih kurang kul 4.30pagi sampai kecemasan xde org...Alhamdulillah..masuk jerk..citer la masalah kat doktor, doktor kata xde pape nie,leh balik sbb Aiman nampak ok jerk. So, dokt masukkan ubt sup kat bontot & bg ubat demam jerk...Aku rasa xpuas ati gak, tapi nak wat cane kan doktor suh balik. Bila sampai kat umah Aiman makin melarat, setiap 1/2jam membuang. Aku ngan husb bergilir2 basuh & tukar pampers dia smp kami masing2 dah xlarat... 
Aku plan nak gie klinik swasta kul 11pagi tu. So, kami bawak lagi sekali Aiman ke Klinik Ding, berdekatan ngan umah kami. Doktor suspek Aiman terkena jangkitan bakteria dalam perut, mungkin dia alah pada makanan tenusu @ sumber susu. Jadi doktor nasihatkan buat masa nie elakkan makan bahan tersebut. Nasibla Aiman menyusu badan, lega cket. Walaupun dia dah xnak makan tapi stay boleh bergantung ngan susu badan, taip 2jam aku akan bg dia. Doktor bagi ubat antibiotik & smecta untuk kurangkan cirit. Aiman stay membuang cuma kurang berdarah macam sebelum nie.. Arap cepatlah sihat anak mama, risau sgt kalo susut badan. 
Demam Aiman dah surut masa ari sabtu tu..tapi stay lagi membuang. Selepas 5 hari abis antibiotik, Aiman stay lagi membuang..aku jadi xpuas ati sbb mata dia makin cengkung. Jadi aku bawak dia gie Hospital Putrajaya pada 30 Jan 2013, Rabu...ape yg diorg buat cuma amik darah, sementara nak tggu result tu, diorg masuk air kat aiman 2 jam...fuh...melalak la budak kecik tu.. Lepas je 2 jam, kuar result doktor suh balik sbb keadaan xbahaya katanye.. so balikla kitorg.Nie muka Aiman keletihan sgt sbb berperang ngan doktor masa nak masuk jarum & ambik darah... sian sgt dia.


So, bg jela dia rehat sepuas2nyer...sian tgk keadaan dia. Bila dia dah tido, kurang sket nak membuang. Doktor kat hospital cuma bg air garam, tapi aku bersyukur sgt Aiman dapat masuk air dalam darah walaupun cuma 2jam tapi dapatla membantu bg tenaga sket kat dia sbb dah 5 ari dia cirit birit. Esok pagi tu Aiman bangun dengan ceria & main macam biasa, tengokla gelagat dia, macam xsakit sbb tu la xkena tahan wad agaknye. Dia leh selera makan & stay nak main kira okla tu...xdela risau sgt. 


Yelah...xrisau..sape xrisau dah tiap ari cirit je, doktor Ding kata, seminggu mesti ok punya...so, Jumaat 1 Feb 2013..aku pegi lagi klinik Ding...arinie genapla 8ari dia cirit birit. Sian sgt, bontot pun dah merah & yang xbest tu dia start merengek jerk. Bila jumpa doktor kt Klinik Ding, dia ckp Aiman memula mggu lepas tu dia kena bakteria dalam perut sampai berak bercampur darah jadi susah sikit nak baik, kalo nak baik pun amik masa.
Jadi, doktor mintak aku bersabar, dia akan bg ubat bakteria baik, makan 1/2 peket 1 hari campur dgn air suam & dia bagi ubat cirit-birit jugak untuk kurangkan sakit perut Aiman. Ubat bakteria baik tu abiskan dalam 6 ari.Doktor bg ubat angin jugak sbb Aiman perut kembung banyak angin, mungkin sbb dia kurang dah selera makan.



Nie la ubat bakteria baik yang doktor Ding bagi kat Aiman...dia memang suka makan, sbb rasanya sedap macam vitagen. Sbb tu budak kalo dah 1 tahun lebih dah boleh start bagi vitagen sbb untuk protect perut dari bakteria jahat. Geram sungguh kat bakteria jahat nie, sian Aiman...



Nie ubat angin yang doktor bagi, tapi aku xbg dia makan ubat nie sbb aku tgk dia xrasi, mcm jd kembung lagi jadi aku bg grip water beli kat kedai biasa. Bila dah makan bakteria baik tu, Aiman dah kurang sket cirit, najis dah pejal sket & dia pun dah mula balik selera makan. Selepas 6 ari abis makan ubat tu sume barula keadaan beransur pulih...Alhamdulillah. Dan arini genaplah 14 ari Aiman dilanda kisah cirit birit, aku pun xpasti berat dia susut berapa byak sbb xtimbang lagi. Tapi yang pasti dia dah tak cirit-birit lagi, cuma kembung perut je xnak baik lepas kes cirit-birit nie. Arap Aiman cepat sembuh sepenuhnya...Amin. 












Wednesday 6 February 2013

RESEPI KEK PISANG PALING MUDAH & CEPAT

Bahan-bahan:

6 biji pisang berangan (saiz sederhana)- dilecek
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak masak
4 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung naik sendiri / tepung kek
1 sudu teh ovellet 
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara:
1. Panaskan oven ke suhu 185 darjah Celcius api atas bawah.
2. Sediakan loyang 4 persegi. Lenser dengan margerin@minyak dan alas kertas minyak atau kertas biasa AA... kalo xnak alas pun xpe...taburkan tepung sikit.

3. Kisar gula, telur, minyak di dalam 'blender' hingga putih. (3-5 minit)
4. Tuang bahan blender tadi ke dalam mangkuk. 
5. Kemudian ayak tepung ke dalam mangkuk yg sama tadi. Kacau rata dengan senduk.
6. Masukkan pisang yg sudah dilecek tadi bersama esen vanila. Gaul sebati.
7. Tuang adunan ke dalam loyang dan masak dalam oven selama 45 minit atau kek keperangan seperti di dalam gambar. Cucuk bahagian tengah kek dengan lidi sate untuk mengetahui kek masak sempurna atau tidak.
*** Letakkan kek di rak paling bawah oven ( kalau guna oven elektrik 21) api atas bawah sepanjang proses untuk hasil memuaskan.
*** Selepas kek dikeluarkan dari oven, pastikan kek ditelangkupkan diatas redai & biarkan sehingga sejuk untuk mengelakkan kek dari mendap.